Saturday 6 August 2011

Sejarah Kampung




Kampung Wakaf Mempelam yang sebelumnya di kenali Kampung  Tok Jamal mulai di diami sejak satu setengah abad yang lalu.  Pada mulanya merupakan kawasan paya dan pertanian.  Ia menjadi laluan utama peniaga-peniaga yang berulang alik dari bandar untuk ke hulu yang mengunakan jalan darat.  

Terbitnya nama kampung Wakaf Mempelam ialah terdapatnya pokok besar yang rendang dan dibawah pokok inilah menjadi tempat teduhan sementara peniaga-peniaga yang  berulang alik tadi.  

Melihat kepada kesesuaian tempat tersebut yang menjadi tempat teduhan maka Tun Mahmud dan orang-orang kampung lantas mendirikan sebuah wakaf secara bergotong-royong dan selepas itu Tun Mahmud dengan persetujuan orang-orang kampung menamakan kampung ini kampung Wakaf Mempelam.

Mengikut sejarahnya lagi Wakaf tersebut masih wujud dan di ubah sesuai dengan diberi nama Wakaf Pakatan Kampung manakala pokok mempelam telah tiada lagi kerana dibawa arus pembangunan

Kampung Wakaf Mempelam yang terletak di tepi jalan raya utama kira-kira 8 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu yang menghala ke Kuala Berang manakala jalan Gelugor Raja adalah jalan utama untuk menghala ke kampung ini selain daripada sepuluh lorong  yang menjadi laluan utama penduduk iaitu  

Lorong Bunut
Lorong Surau Hj Ahmad
Lorong Kubur
Lorong Piah
Lorong Binjai
Lorong Bilal Mat Sa
Lorong Pisang
Lorong Surau
Lorong Gong Macang
Lorong Haji Kasim