Monday 3 October 2011

Hadis: Bertaubat Kepada Allah

Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: Wahai manusia! Bertaubatlah kamu semua kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepadanya seratus kali setiap hari.

Hadis: Kualiti Iman Seseorang Muslim

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Tanda cintakan Allah SWT ialah mengingati Allah SWT (zikrullah) dan tanda Allah SWT murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.

Hadis: Bersengketa Membolot Harta


Dari Muhammad bin Ibrahim r.a katanya Abu Salamah bercerita kepadanya, bahawa Abu Salamah bersengketa dengan kaumnya perihal tanah. Lalu dia pergi kepada Aisyah r.a mengadukan hal itu kepadanya. Kata Aisyah: Hai Abu Salamah! Jauhilah perkara (sengketa mengenai) tanah. Kerana Rasulullah SAW telah bersabda: Siapa merampas sejengkal tanah, dikalungkan Allah kepadanya kelak di hari kiamat tujuh lapis bumi.

Hadis: Larangan Duduk Atas Kubur


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu duduk di atas bara api, lalu terbakar baju dan kulitmu, itu lebih baik bagimu daripada duduk di atas kubur.

Hadis: Tiga Jenis Musuh Alla


Fari Abu Hurairah r.a, dari nabi SAW sabdanya: Allah berfirman: Ada tiga jenis, Aku menjadi musuh mereka pada hari kiamat: Orang yang memberi kerana-Ku, kemudian tidak diakuinya. Orang yang menjual orang yang merdeka, kemudian dimakannya wang hasil jualan tersebut. Orang yang mengupah kepada pekerja lalu disuruh sempurnakan kerja itu tapi tidak dibayarnya upah itu.

Hadis: Beriman Kepada Malaikat


Nabi SAW bersabda: "Malaikat turun naik dalam kalangan kamu silih berganti: malam dan siang, kedua-dua puak itu berhimpun pada waktu sembahyang Subuh dan pada waktu sembahyang Asar; setelah itu puak yang bermalam dalam kalangan kamu: naik, lalu ditanya oleh Allah Taala - sedang Ia mengetahui hal mereka: "Bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku semasa kamu tinggalkan?" Malaikat menjawab: "Kami tinggalkan mereka sedang mereka mengerjakan sembahyang, dan kami datang kepada mereka sedang mereka mengerjakan sembahyang.

Hadis: Balasan Didalam Neraka


Rasulullah SAW bersabda: "Akan keluar satu batang leher dari Neraka pada hari kiamat, dengan dua mata yang melihat, dan dua telinga yang mendengar, serta lidah yang bercakap, lalu berkata: "Aku diberi kuasa menyeksa tiap-tiap seorang dari tiga jenis manusia: Tiap-tiap orang yang kejam dan keras hati, lagi degil tidak menerima kebenaran yang diketahuinya; tiap-tiap orang yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah, dan orang-orang yang membuat gambar.

Hadis: Beriman Kepada Empat Perkara


Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran, dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang, dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati, serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah."